Seorang Youtuber Rusia-Amerika, Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan selepas beliau didakwa memanjat pyramid di Mesir.

Tindakan beliau ini adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedy kebakaran yang berlaku di Australia. Dia yang lebih dikenali sebagai Kingvitaly dipenjara lima hari selepas ditangkap kerana memanjat pyramid di Giza.

Pada November yang lalu, Parlimen Mesir telah menggubal undang-undang yang melarang pendakian pyramid Giza.

Vitaly berkongsi video pendakian berbahaya dan mesejnya adalah untuk menghentikan peperangan dan untuk menderma kepada Australia kepada 3.1 juta pengikutnya di Instagram.

Setelah berjaya mendaki hingga ke puncak, Vitaly merekod dirinya dan meminta orang ramai untuk menderma wang kepada mangsa kebakaran Australia.

Sumber : Twitter