Menerusi kemas kini terbaru pelakon yang popular menerusi drama Itaewon Class  dan What’s Wrong With Secretary Kim ini menerusi laman instagram miliknya, ternyata Park Seo Joon menyatakan rasa terharu dan terima kasih beliau apabila pengikutnya kini mencecah 10k.

 
 
 
View this post on Instagram

Welcome to PSJ World. Thank you all❤️

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Dilaporkan, jumlah pengikut Park Seo Joon bertambah akibat penangan drama terbaru lakonan beliau berjudul Itaewon Class yang kini sedang ditayangkan.
 
Seo Joon yang sebelum ini membintangi filem Parasite dan memegang watak cameo ini telah memuat naik posting sebanyak 177 menerusi akaun miliknya. 
 
 
Wah, mesti peminat tegar Seo Joon oppa kita ni terharu kan? Al-maklumlah, Seo Joon siap cakap terima kasih siap dengan tanda hati lagi menerusi caption beliau.