Pernah ke adik-adik tak comel?

Lagi sekali kita lihat gelagat comel anak kecil di media sosial. Baru-baru ni video adik “bergelek” jadi tular dekat media sosial, hari ini video adik sentap dipermainkan oleh abangnya pula jadi viral!

▲ [VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Hajat asal si abang hanyalah untuk menunjuk skill hand trick dia ala-ala ais krim Turki kepada adik-adik, tapi si abang tersentap apabila si adik menunjukkan reaksi yang tidak disangka!

Tengoklah video kat bawah ni!

Terkejutkan?! Tak sangka si adik terlalu frust ditipu oleh abang sendiri sampai campak kon ais krim tersebut! Reaksi yang sangat tidak dijangka itu berjaya mencuit hati para netizens sebab bukan sahaja comel tapi sangat lucu!

Tapi tak apa, sebab si abang jelaskan dalam bebenang Tweet tersebut bahawa dia pergi kutip kon ais krim yang terlempar dengan sedihnya di atas lantai itu dan memberinya yang baharu—kali ini datang bersama ais krim.