Kemunculan Dato Siti Nurhaliza di pentas AJL 34 berjaya membuatkan seluruh penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil terpegun.

Kali terakhir penyanyi nombor satu negara itu bertanding di pentas AJL adalah pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Setelah 13 tahun tidak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 34 sebagai finalis, Dato Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan di saat akhir dan berduet bersama Bob Yusof. Sekaligus, menghangangatkan seluruh stadium semalam.

Meskipun berdepan dengan masalah teknikal, namun kehebatan suara Dato Siti Nurhaliza tidak dapat disangkara apabila seluruh bergema dan teruja tatkala Dato Siti Nurhaliza sekali lagi menonjolkan kelunakan suara dan vokal luar biasanya saat korus lagu. w

Menerusi lagu Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Dato Siti Nurhaliza dan Bob Yusoff tampil menyerlah dengan pakaian yang direka oleh Rizman Ruzaini. 

Dalam kehangatan itu, Anta Permana berjaya merangkul tempat ketiga buat Anugerah Juara Lagu ke 34.