Belum habis lagi isu penularan Covid-19, kali ini timbul lagi isu baru melibatkan rakyat Malaysia terutamanya warga Penang yang dilihat memborong tisu tandas di sebuah pasaraya yang terletak di negeri itu. Perkara ini dikongsikan menerusi twitter milik seorang pengguna laman sosial iaitu @redzuanNewsMPB.

 

Tisu tandas paling laris!

Menurut Mohd Redzuan Abdul Manap, beberapa rak barangan di beberapa pasaraya terutamanya dibahagian tisu tandas habis licin kesemuanya dek kerana satu kes positif Covid-19 dilaporkan.

Sumber : Twitter

Netizen persoal kenapa tisu tandas jadi pilihan

Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat dan orang ramai sibuk dengan pencarian topeng muka dan juga sanitizer, adalah sedikit pelik apabila tisu tandas menjadi pilihan ramai terutamanya disekitar Pulau Pinang. 

Apapun, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan melindungi diri dari menjadi mangsa Covid-19.

Untuk mengetahui berita lanjut dan perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama di TV3.