Kontroversi melibatkan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengemukakan permohonan maaf yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam dan adik lelakinya, Ali Puteh.

Menurut Aliff Syukri, beliau sedia untuk berjumpa ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan segala masalah melibatkan isu berbangkit berikutan perkongsian video di laman sosial miliknya.

“Di dalam situasi ini saya sangat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, dan saya taknak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.
 
” Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda sebegini akan berlaku dan tiada niat kami mahu melaga-lagakan mana-mana pihak. Jadi dengan ini, saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah.
 
” Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta” Katanya dalam satu sidang media yang dilakukan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Boleh jumpa ibu, tapi tidak membuat rakaman video

Sumber : Google

 
Namun, kenyataan yang dibuat oleh Aliff mendapat respon daripada Ali berhubung keizinan untuk berjumpa ibunya.
 
“Seperti yang dinyatakan pada sidang media yang lepas, saya pun tidak mahu isu ini berlarutan. Cuma, sekiranya Aliff mahu berjumpa dan memohon maaf kepada keluarga termasuklah ibu, satu sahaja syaratnya, saya minta beliau tidak membuat rakaman video pada pertemuan itu”  Jelasnya.
Tambahnya lagi, beliau juga tidak mahu mengungkit perkara lama.
 
” Kalau terus ikut rasa amarah memang akan terus dengan gejolak begitu, tapi kita berbalik pada cerita Nabi Muhammad SAW yang diuji dengan dugaan yang lagi besar berbanding kita. Jadi, saya tiada dendam kesumat dalam hati. Saya anggap masalah ini akan tamat” Jelasnya.
 
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak  Syed Mohd Ridzuan, 31 berkata belaiu juga merancang untuk bertemu Nurhidayah  secara tertutup bagi menyelesaikan perkara ini.