Rasanya masih belum terlambat untuk bercakap mengenai keputusan SPM bukan?

Mana taknya, dalam suka pastinya ada segelintir yang berduka. Namun, itu bukanlah pengukur kejayaan anda pada masa akan datang. Sama seperti cerita yang diambil daripada Twitter pengguna bernama @mirulsyzwn ini. Muat naik gambar keputusan SPM menerusi laman sosial twitter miliknya dengan semua gred ‘TIDAK HADIR’ ternyata menjadi persoalan ramai followers beliau. 

 

InshaaAllah rezeki Ammar melimpah di akhirat sana

Pastinya ianya mengejutkan semua pihak apabila keputusan itu bukanlah miliknya tetapi insan yang di gelar ‘angah’ telah pergi menghadap ilahi akibat kanser usus. Dan, disebabkan penyakitnya itu, beliau tidak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan SPM 2019. 

“…Can you please spare some time for me nanti, because i miss you”

itu adalah kata-kata @mirulsyzwn buat Allahyarham Ammar ketika beliau sedang menjalani rawatan akibat Cholorectal cancer atau kanser usus.

@mirulsyzwn juga sempat meninggalkan komen agar sentiasa menghargai setipa detik bersama insan yang tersayang dan tidak mensia-siakan peluang itu.

Sumber : Twitter

Ingatkan sengaja tak hadir

Rata-rata followers beliau yang terkejut dengan perkhabaran itu meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Malah, segelintir kawan Allahyarham menyifatkan beliau merupakan seorang yang baik.

Sumber : Twitter

Apapun, kita doakan semoga keluarga Allahyarham kuat dan tabah dalam menghadapi ujian Nya.