PRESTASI merudum yang dipamerkan oleh pemain bintang muda Skuad Johor Darul Takzim iaitu Safawi Rasid baru baru ini telah membuatkan pemilik  pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berang dan kesal dengan prestasi pemain bersayap kiri itu.

Menurut Tunku Ismail atau mesra disapa sebagai TMJ, Safawi masih belum memberikan aksi yang terbaik kali ini dan momentum permainannya tidak sama seperti tahun-tahun terdahulu. 

Tunku Ismail juga menjelaskan, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin dengan Safawi. Hal ini menjadikan Safawi kurang fokus untuk beraksi di padang pada waktu ini. 

Hal ini diperkatakan sendiri oleh TMJ menerusi sebuah intstory yang dimuatnaik beliau pada malam tadi (2 Mac)

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,”

Fokus pada kelab atau tidak akan disingkirkan

Ujar TMJ lagi beliau memberi amran keras kepada pemain berusia 23 tahun itu supaya lebih fokus kepada kerjaya dan mempertingkatkan prestasi dalam sukan bola sepak. Jika perkara yang sama masih berlaku, kemungkinan  besar Safawi akan disingkirkan daripada pasukan. 

Menrusi posting yang lain, TMJ menasihati Syifa agar tidak mengabil kesempatan terhadap kekasihnya itu dan jangan mengawal kehidupannya. 

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M (Syifa Melvin)?”

Apa-apa pun kita doakan semuanya baik-baik sahaja ye. Semoga Safawi berjaya di dalam kariernya dan bahagia bersama kekasihnya Syifa. Kalau ada jodoh tak kemana kan? 

 

Sumber: Harian Metro dan Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim