CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin dengan Ido Ajeng, wanita yang memiliki jarak usia 73 tahun dengannya selepas 8 tahun menduda. 

Video pernikahan pasangan ini menjadi tular di laman sosial dan menjadi perhatian warganet baru-baru ini. Siapa tidak terkejut apabila melihat lelaki berusia 103 tahun yang  masih kuat dan gagah berada di sebuah majlis pernikahan dan mengahwini gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

https://www.facebook.com/MnctvOfficial/videos/194552848527174/

Bukan calang-calang atuk tau!

Mereka dikhabarkan dengan rela hati menerima antara satu sama lain walaupun jarak usia mereka agak ketara. Menerusi video tersebut, Muhamade dilihat memakai sut serba hitam dan bersongkok disamping Ido yang mengenakan pakaian pengantin berwarna putih. Muhamade menghadiahkan sebentuk cincin emas berharga 5 Juta Rupiah (RM 1,459) kepada isterinya itu. 

Untuk pengetahuan, Muhamade bukan calang-calang orang tau. Dia merupakan bekas pejuang kemerdekaan Indonesia terdahulu. Lelaki berusia 103 tahun ini pernah mendirikan rumahtangga tetapi isterinya sudah meninggal lapan tahun yang lalu. Difahamkan, perkahwinan terbaharu ini merupakan aturan kedua keluarga mempelai ini.  Selapas diijabkabulkan, Ido dikatakan pulang ke rumah pengantin lelaki yang terletak di daerah Pitumpanua. 

Tiada yang mustahil di dunia ini. Siapa kata lelaki berusia 103 tahun tidak boleh berkahwin? Muhamade telah membuktikan bahawa dengan usia sebegitu pun dia masih kuat dan bertenaga tau. Selamat pengantin baru Muhamde dan Ido!