Penularan kes Coronavirus nampaknya kini pada tahap yang semakin membimbangkan apabila China hari ini mengesahkan  jumlah kematian akibat wabak ini telah meningkat ke 170 kes.

Dan, menurut laporan terkini wilayah Hubei adalah yang paling teruk terjejas dengan 38 kematian baru.

Sumber : Google

Manakala, Pusat Penularan koronavirus melaporan sebanyak 1,032 kes jangkitan baharu disahkan sekaligus ianya mencetuskan kebimbangan global.

Sumber : Google

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bakal membuat mesyuarat tergempar hari ini berkenaan wabak tersebut sama ada ianya perlu diistiharkan sebagai kecemasan kesihatan global yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

Sumber : Google

Apapun, diharap tiada lagi pertambahan jumlah kadar kematian susulan penyakit ini.