Gempar di gelanggang tinju UFC dan media Korea Selatan semalam apabila, penyanyi atau rapper bergenre hip hop iaitu Jay Park ditampar oleh seorang peninju terkenal, Brian Ortega ketika acara UFC 249 sedang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas pada 7 Mac lepas.

Bermula Dengan Isu “Trash Talk”

Menerusi sumber MMA Junkie, saksi yang melihat kejadian pada malam tersebut menyatakan Brian Ortega mula mendekati dan bersemuka dengan Jay Park mengenai isu ‘trash talk’ yang berlaku pada bulan lepas.

Semasa kejadian berlaku, Chan Sung Jung yang merupakan rakan dan juga UFC fighter yang dikenali dengan nama ‘The Korean Zombie’ tidak bersama Jay Park waktu itu kerana ke tandas. Brian Ortega kemudian di bawa keluar oleh pengawal sebelum keadaan menjadi lebih tegang.

 

 
Sumber: Twitter
 

Jay Park Hanya Menterjemah Percakapan 

Kejadian tersebut berpunca semasa acara Ariel Helwani MMA Show bulan laluapabila Jay Park yang telah menterjemahkan ayat yang diutarakan oleh Chan Sung Jung atau The Korean Zombie sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Ortega.

Chan Sung Jung yang sebenarnya telah bercakap buruk mengenai Ortega semasa temuramah tersebut dan Jay Park hanya menjalankan tanggungjawab menterjemah kata-kata yang diucapkan oleh Chan Sung Jung.

Chan Sung Jung berkata Ortega ‘mengelak’ untuk berlawan dengan dirinya  pada bulan Disember tahun lalu namun Ortega terpaksa menarik diri kerana cedera.

Ortega yang berang dengan tuduhan ‘mengelak’ tersebut, memuat naik status di laman sosialnya yang dirinya akan menyelesaikan hutang dengan Chan Sung Jung dan bukanlah dengan Jay Park.

Dan ternyata kata-kata yang dimuatnaik di laman sosialnya dikotakan dengan menampar Jay Park di acara UFC 248 pada malam Sabtu baru-baru ini.

 

 

Kesian Jay Park, gara-gara tolong terjemah ayat orang lain, diri sendiri yang terkena tempias!