Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey betul-betul memberi kesan kepada rakan artis baik yang rapat mahupun sebaliknya. Masing-masing berkongsi cerita suka dan duka bersama Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ini.

Menerusi video yang dikongsi oleh @ustazhanafiah menerusi laman instagram miliknya, dan menerusi twitter @ Tweetislamik penjaga kubur tersebut sempat berkongsi cerita mengenai seorang wanita yang datang bersama anaknya dengan menaiki motosikal semata-mata mahu melawat kubur arwah.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Sifu Hanafi (@ustazhanafiah) on

Menurut penjaga kubur tersebut, wanita yang datang bersama anaknya dengan menaiki motosikal itu merayu untuk melawat kubur Allahyarham Abam walaupun telah dilarang oleh penjaga kubur tersebut kerana keadaan sudah gelap dan lewat malam.
 
Namun, apa yang membutakan pejga tersebut membenarkan wanita berkenaan melawat pusara Abam, kerana wanita itu memberitahu, allahyarham sebenarnya adalah orang yang menampung perbelanjaan sekolah anaknya.

 

Bak kata Allahyarham Abam “Kita kena selalu buat baik, nanti orang sayang kat kita”

Benarlah bagai dikata, Abam sering mengingatkan kepada teman-teman terdekat tentang kata-kata tersebut. Dan, a dan ternyata ramai perkara manis yang ditinggalkan oleh seorang yang bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ini sehingga ramai yang hadir pada sesi pengebumian beliau semalam.
 
 
 
Kalau pada hayatnya, kita sering dihidangkan dengan gelak ketawa menerusi telatah lucunya, diharap dengan pemergian Abam ini sekaligus dapat memberi kita semua pengajaran dan kisah yang baik yang boleh dijadikan teladan. 
 
Al-Fatihah dari Xtra buat semua ahli keluarga allahyarham.