“What you know, what I mean, what you, I wont to, you know”

Sekali lagi, Sajat menjadi bahan bualan para netizen apabila klip video perbualan “unik” antara dia dan pasangannya menjadi tular di laman media sosial.

Baru-baru ini, personaliti media sosial dan usahawan berjaya ini menjadi fokus topik panas apabila rakaman dia pergi menunaikan umrah dengan berpakaian seperti seorang wanita menjadi tular di Internet.

▲ [VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Dan hari ni sekali lagi, Sajat menimbulkan persoalan besar apabila dia dilihat mempunyai masa yang amat sukar untuk meneruskan perbualan bersama pasangannya.

Difahamkan bahawa video yang telah dimuatnaik di Twitter itu—yang telahpun mendapat ribuan retweets and likes—merupakan Instalive yang telah dirakam oleh Sajat sendiri melalui akaun peribadinya.

Dalam video tersebut, Sajat—yang diketahui ramai tidaklah mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik—dilihat untuk cuba menyampaikan mesej kepada pasangannya yang bukan berbangsa Malaysia.

gambar dari: Instagram

Dikatakan untuk memberitahu pasangannya bahawa dia telah pun “potong habis”, Sajat cuba sedaya upaya untuk sampaikan mesej itu dalam bahasa Inggeris tetapi pasangannya juga mengalami masa yang sukar untuk memahami apa yang ingin disampaikan.

Dan ini menimbulkan persoalan bagaimana mereka berdua berkomunikasi antara sesama mereka.