Seorang lelaki maut selepas ditikam beberapa kali dan kemudiannya dilanggar menggunakan kereta mangsa sendiri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam tadi. Selepas kejadian itu, suspek turut melarikan kereta mangsa. 

“Kesan tikaman di badan, dipercayai diserang sebelum dilanggar”

Polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia, dan mempunyai kesan tikaman di badan, dipercayai diserang sebelum dilanggar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah berkata si mati  didapati telah bergaduh dengan suspek tidak jauh daripada sini dan suspek melanggar mangsa lepas pergaduhan itu

Mangsa, Leow Choong Leong, 41 tahun, bekerja sebagai penjual peralatan kenderaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat pagi ini. Polis memohon bantuan saksi dan juga mereka yang merakam dan menularkan kejadian itu, tampil membantu siasatan.  Kes disiasat mengikut Seksyen 3-0-2 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Untuk berita penuh, layari buletin TV3 dan tonton video di bawah