Menguasai bahasa asing sebagai bahasa ketiga adalah suatu kelebihan yang bukan semua orang miliki. Justeru Itu, tidak hairanlah sekiranya nenek ini viral di laman twitter cucunya.

Menerusi akaun Twitter @zlishfq iaitu cucu kepada warga emas ini, nenek beliau bersembang bersamanya yang baru sahaja pulang dari Jepun. Dan, dengan fasihnya nenek ini bertutur dalam bahasa Jepun sehinggakan cucunya itu sendiri kagum dengan kepetahan neneknya itu.

 

 

 

 

 

Padulah Tok!
 
Kepetahan warga emas ini bertutur dalam bahasa Jepun tidak boleh disangkal lagi. Al-maklumlah, masyarakat yang hidup di zaman penjajahan Jepun dahulu sedikit sebanyak perlu menguasai bahasa ini. Sama seperti arwah nenek min juga.