Kalau sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kelebihan seorang nenek bertutur dalam bahasa Jepun. Tapi kali ini, berbeza sedikit apabila perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai @nazirshahmhd mendapat perhatian netizen apabila seorang warga emas yang mesra dengan panggilan Mok Kak Ngoh ini bertutur dalam dialek Melayu Patani dengan begitu fasih sekali.

 

Takde langsung pengaruh bahasa Thailand kan?

Nenek yang dikenali sebagai Mok Kak Ngoh ini sempat berkongsi pengalaman beliau ketika zaman pemerintahan Jepun. Malah, terdapat segelintir netizen yang  merungkai asal usul bahasa yang digunakan oleh Mok Kak Ngoh berdasarkan cerita dan sejarah dahulu kala.

Usia 90 tahun pun, masih lawa!

Sumber : Twitter

Mok Kak Ngoh, yang berusia 92 tahun ini ternyata mencuri perhatian netizen bukan sahaja kerana percakapannya yang lemah lembut tetapi, kecantikan yang dimiliki oleh warga emas ini sehinggakan ramai followers mengangumi kecantikan dan kudrat beliau yang dilihat masih sihat berbanding warga emas yang lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan bahawa Mok Kak Ngoh seorang yang rupawan ketika masa mudanya.

Malah, ada juga yang sempat membandingkan kecantikan warga emas ini dengan kecantikan mereka.