Susulan kes memukul anak angkatnya menggunakan kasut semata-mata untuk kandungan video Youtubenya, Aliff Syukri dikhabarkan ingin membuat sidang media mengejut semalam untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum terpaksa membatalkan acara itu di saat-saat akhir.

Mungkinkah, pembatalan sidang media yang sepatutnya dilakukan petang semalam tergendala akibat beliau ditahan polis? 

Sumber : Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Bantu siasatan…

Sumber : xtra.com.my

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihaknay menahan usahawan kosmetik itu untuk membantu siasatan.

Namun, beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik sahaja keterangan diambil. 

Terdahulu, Dato Aliff Syukri dilaporkan mendera anak angkatnya di kediaman beliau yang terletak di Kota Damansara pada 28 Februari lalu selepas pembantu rumahnya membuat laporan polis.