Kelmarin telah selamatnya majlis akikah Mohamad Eidress, putera sulung kepada aktres cantik iaitu Anzalna Nasir dan pasangan Hanif Zaki yang bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Namun begitu, ada kisah lucu di sebalik malam Majlis Akikah tersebut!

Menurut perkongsian Anzalna menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam, beliau terkejut apabila bertembung dengan ramai VVIP atau Menteri tempatan yang kebetulan turut menghadiri acara Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen ketika itu di lokasi yang sama!

Hanya Jemput Anak-Anak Yatim Dan Keluarga Terdekat

Jelas Anzalna, beliau hanya menjemput anak-anak yatim, tahfiz dan juga keluarga terdekat sahaja 

“Semalam boleh pula majlis akikah Eidress dan sambutan ulangtahun kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita, kita jemput anak-anak yatim dan asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami. Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan!,” luah Anzalna.

 

Dalam pada itu, Anzalna Nasir dan suami turut menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka dan berkongsi foto-foto menarik sepanjang majlis akikah berlangsung.

Anzalna Nasir berkahwin dengan suaminya Hanif Zaki pada tahun 2016 dan menerima kehadiran putera sulung, Mohamad Eidress selepas tiga tahun.

Sumber foto: Instagram Anzalna Nasir