Mohamed Anthony John Sinclair yang merupakan ayah kepada Allayarham Ashraf Sinclair nampaknya terus memberikan sokongan padu buat menantunya yang juga merupakan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari untuk konsert beliau.

Menerusi muat naik di laman sosial instagram miliknya, beliau merasa bangga kepada Bunga dan berharap semoga penampilan BCL pada konsert Romantic Valentine Concert with Ronan Keating itu berjalan lancar.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Pak Mat Marmalade Magician (@marmalademagician) on

Terdahulu, keluarga Sinclair telah kembali ke Malaysia setelah berada di Jakarta selama 7 hari bagi upacara tahlil dan bacaan Yasin buat Allahyarham Ashraf Sinclair. Malah, sebelum ini ibu Ashraf juga pernah memberitahu beliau akan kerap berkunjung ke Jakarta untuk berjumpa Bunga dan Noah yang disayangi.