Susulan wabak Coronavirus, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang mulai berkuatkuasa pada hari ini. 

Menerusi status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini, semua hospital KKM telah memendekkan waktu lawatan di hospital. 

Menerusi satu video yang dimuatnaik di Twitter, dilihat seorang pengawal keselamatan cuba menenangkan para pelawat yang berkunjung ke hospital.

Langkah ini dilakukan untuk mencegah wabak Coronavirus daripada terus menular terutama di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti hospital dan beberapa tempat awam yang lain. KKM turut menasihatkan agar golongan yang berisiko tinggi perlu mengelak berkunjung ke hospital jika tiada urusan penting. 

Dalam perkembangan lain, KKM Putrajaya turut berkongsi jumlah individu yang diuji untuk COVID-19

Sumber: Twitter KKM Putrajaya