Sepuluh peserta program Mentor Milenia 2019 selesai membuat persembahan hebat pada konsert pertama, Ahad lalu.

Protege kepada Mentor Black, Sharee Lopes muncul sebagai peserta terbaik pada malam itu. Dengan suara yang cukup memukau, Sharee berjaya membuatkan seluruh penonton di studio 2 ‘meremang’ menyaksikan persembahannya yang wow!

Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila pengacara Elly Mazlein atau lebih popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dilihat ‘tersasul’. Alamak kenapa tu Kak Lina?

Video insiden lucu itu turut dimuatnaik di laman Instagram TV3 dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang suka dengan gaya bersahaja Kak Lina di pentas namun ada pula yang menyifatkan dia sebagai over pula. Aik…dia tak sengaja kot?

Mungkin disebabkan terlalu teruja di pentas, Kak Lina terlupa dia sedang berapa di pentas Mentor Milenia dan bukannya Mentor Otai.

Ala korang ni pun, kasi la chance, maklum sahaja hati Kak Lina kan tengah berbunga-bunga sejak dirisik kekasih hati, baru-baru ini. ‘Wanita Terbahagia’ pada saat ini, pastilah excited buat kerja, betul tak? Apapun, kami memang terhibur tengok gelagat Kak Lina Pom Pom dan Shuk Sahar di pentas Mentor Milenia 2019!

 
 
 
View this post on Instagram

Izinkan aku merasa detik ini❤💍 19 0ct 2019 . Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 . Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain . Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini ❤ . Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda ❤ ..Lebarkan sayapmu . 🌸MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN🌸 #MerisikCintaAzlanElly . 🌸 Catering 🌸 @mastarcatering.official . 🌸 Videographer 🌸 @picxelmotionfilms . 🌸 Photographer 🌸 @wvmphotography . 🌸 Henna 🌸 @hennabypuyep . 🌸 Bunga 🌸 @mad.about.bunga . 🌸 Pelamin 🌸 @answedding.events @firdausothmann . 🌸 Pakaian 🌸 @adam.r_lamaison . . 🌸 Sandwich -Breakfast 🌸 @myno1sandwich, . . 🌸 Cake 🌸 @madaboutcake_official . . 🌸 Chiavari chair 🌸 @shahalamwedding . . 🌸Pavlova🌸 @pavlovashahalam . . 🌸Emcee🌸 @naziah33 @answedding.events

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Mentor Milenia menemui penonton TV3 pada setiap Ahad jam 9 malam​ selama 10 episod.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi.