Satu lagi kematian akibat wabak COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 24 orang.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosial Facebook miliknya pada jam 11 pagi hari ini. 

Ada Sejarah Perjalanan Ke Indonesia

Kes kematian ke-24 itu merupakan warga negara Malaysia berusia 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac tahun ini.

“Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam,” tulis Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya semalam.

 

Setakat jam 12 tengah hari, 26 Mac 2020 semalam,  Dr Noor Hisham berkata terdapat 235 kes baharu yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,031 kes.

Sekali lagi diingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama .

Salam takziah Xtra ucapkan kepada keluarga pesakit.

 

Baca Juga: Ayuh Rakyat Malaysia! Sahut Seruan Agong Untuk Laksana Solat Hajat Perangi Wabak COVID-19

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun