Susulan wabak Coronavirus, KKM hari ini mengesahkan dua kes kematian melibatkan dua penduduk tempatan. Satu kes melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Manakala, satu lagi kes melibatkan lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah kronik. Menerusi laman Twitter KKM telah memuatnaik status terkini mengenai kes tersebut.

Hari ini, sebanyak 120 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan kes di Malaysia berjumlah 673 kes.

Sumber: KKM Putrajaya