Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan dalam satu perutusan khas bahawa tempoh kawalan pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April ini, susulan wabak Coronavirus.

Walaubagaimanapun, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa, Tan Sri Muhyiddin berjanji bahawa jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi beliau akan terus membuat pengumuman mengenainya. Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dengan lebih lama. 

18,907 kematian kini dicatatkan seluruh dunia

Dalam perutusan tersebut juga, Tan Sri Muhyiddin turut memberi amaran bahawa keadaan berkemungkinan akan menjadi lebih sukar. Menurut beliau lagi, seramai 422, 829 orang telah dijangkiti wabak ini dengan mencatatkan 18,907 kematian di seluruh dunia. 

Tan Sri Muhyiddin turut meluahkan kebimbangan beliau berikutan kes peningkatan kematian di Malaysia akibat COVID-19 yang dilaporkan meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh satu minggu. 

Tonton video penuh di bawah: