Penularan Covid-19 diserata dunia kini semakin membimbangkan. Dan ini sekaligus menjadi topik hangat apabila super star Juventus, Cristiano Ronaldo juga  terpaksa menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira. Malah, Christiano Ronaldo turut menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit tersebut.

Sumber :Instagram @cristiano

Ronaldo dalam media sosialnya dua hari lalu menggesa masyarakat tampil menghulurkan bantuan dan dia sendiri bukan hanya sekadar bercakap tetapi membuktikan sikap pemurahnya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Dan kini, Hotel miliknya itu ditutup dan dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19. Malah, petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo sendiri.

Sumber :

Kerajaan Portugal yang teruja dengan semangat keprihatinan yang tinggi dan kebaikan pemain bola sepak terkenal ini, turut menggesa selebriti lain agar mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo.