Penyanyi Taylor Swift dikhabarkan tidak akan hadir ke Anugerah Grammy 2020 yang bakal berlangsung pada esok Isnin (27/1) waktu Malaysia. 

Apa yang mengejutkan, Swift sebelum ini dilaporkan akan memberi kejutan di pentas Grammy tetapi laporan dari E! News memaklumkan dia tidak akan hadir. 

Anugerah yang bakal berlangsung di Los Angeles itu menyaksikan Swift menerima beberapa pencalonan antaranya Song of the Year, Best Pop Vocal Album, dan Best Pop Solo Album.

Sebelum ini, sekeping foto menunjukkan nama Taylor Swift diletakkan di salah sebuah kerusi tular di media sosial. 

Swift dilihat bakal duduk di barisan kedua bersama dengan kumpulan BTS dan di belakang Beyonce. 

Namun selepas itu, tular gambar nama di kerusi itu telah diganti dengan pengacara, Ellen DeGeneres.

Beberapa sumber dari Variety memaklumkan masih belum ada maklumat rasmi mengenai kehadiran Swift di anugerah itu nanti.

Sementara itu, Swift sendiri masih berdiam diri tentang penampilannya pada malam esok. 

Anugerah Grammy 2020 bakal diserikan dengan kehadiran ramai bintang ternama antaranya Lizzo, Billie Eilish, Camila Cabello, Jonas Brothers, dan Lil Nas X yang akan tampil bersama BTS dan Billy Ray Cyrus.