Susulan penularan wabak Koronavirus atau COVID-19 yang melanda negara ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP telah dikuatkuasakan oleh kerajaan selama 14 hari bermula 18 Mac yang lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 22 Mac jam 5 petang semalam, situasi terkini COVID-19 mencatatkan 1306 kes terbaharu dengan pertambahan sebanyak 123 kes. Seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini telah meragut sebanyak 10 nyawa.

Sehubungan itu, ramai yang mengawal pergerakan mereka di rumah dan menyebabkan kebanyakan pengguna rakyat Malaysia melakukan pembelian panik berikutan fobia dengan PKP yang dikuatkuasakan sejak Ahad lalu. 

Namun, pembelian panik tersebut sebenarnya telah menyebabkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian digantung sementara waktu!

Lonjakan Dalam Pesanan

Menurut laporan Harian Metro bertarikh 23 Mac, pasar raya tempatan telah merekodkan lonjakan dalam pesanan sehingga  menyebabkan mereka menggantung perkhidmatan penghantaran dalam talian buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya.

Rangkaian pasar raya Jaya Grocer berkata, sekarang ini, penambahan semula stok barangan menjadi keutamaan syarikat itu.

“Kami sedang menghadapi peningkatan yang besar dalam pesanan membabitkan perkhidmatan penghantaran dalam talian kami dan kami faham sebahagian daripada pelanggan mungkin mengalami pengalaman membeli-belah d.alam talian yang kurang memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro

 
 

Tambah Pasukan Penghantaran

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MyGroser, Stephen P Francis berkata, permintaan yang mendadak dalam jumlah pesanan telah menyebabkan kakitangan kedai runcit itu terpaksa menunda atau hanya menghantar separuh daripada pesanan yang dibuat serta menambah pasukan penghantaran untuk mengatasi permintaan luar biasa.

“Peningkatan ini adalah besar, tetapi kami sudah berjaya menambah pasukan penghantaran dan kapasiti kami. Kini, dapat membantu lebih ramai pengguna yang memerlukan penghantaran barangan runcit.

“Sekarang ini, kami sedang memasang penyelesaian dalam talian yang dipertingkatkan, yang akan mampu menangani jumlah permintaan serta pesanan masuk yang lebih besar daripada pengguna, kami juga menambah bilangan kenderaan untuk memenuhi ketepatan masa penghantaran yang dijangka oleh pelanggan.

 

Apa-apa pun dinasihatkan kepada semua supaya kekal tenang dan lebih bertimbang rasa untuk tidak melakukan panic buying dengan hanya membeli barangan keperluan sahaja okay? 

 

Sumber: Harian Metro

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun