Penuh magis!

Perkahwinan pelakon cantik, Tasha Shilla dan pasangannya iaitu seorang ahli kewangan, Mohd Atiq Idris telah selamat berlangsung dengan jayanya di majlis resepsi kedua pihak lelaki yang bertempat di Bays Water KLCC malam tadi. 

Tasha Shilla dan Atiq tampil sungguh mempesona dengan menggayakan busana hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. Bertemakan Magical Love Night, pelamin dihias indah oleh weddingsbyemma. Tasha nampak begitu anggun dengan sentuhan Syed Faizal Syed Noh. Bukan itu sahaja, moth sebagai lambang cinta sejati Tasha dan Atiq turut menjadi tumpuan pada malam tadi. 

Jom kita lihat foto-foto indah dan menarik di sekitar majlis resepsi kedua pasangan ini!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Secocok!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Moth Sebagai Lambang Cinta Sejati

 

 

 

 

 

 

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 28 Februari lalu. Atiq menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Majlis resepsi pertama pihak perempuan telah diadakan di sebelah petang pada hari yang sama dengan berkonsepkan tradisonal kontemporari.

Tahniah  sekali lagi diucapkan buat Tasha Shilla dan pasangan, semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kisah cinta Tasha Shilla dan Atiq Idris, jangan lupa untuk saksikan Mahligai Cinta hanya di TV3 dan juga melalui aplikasi Tonton okay!

Sumber: Instagram Tasha Shila , Instagram CST Production.

Baca juga: [FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris