Isu penularan wabak kes COVID-19 masih boleh terkawal di negara ini dan tidak perlu untuk menghentikan Solat Jumaat buat kaum lelaki.

Penularan dari keadaan wabak yang tular itu juga telah diisytiharkan sebagai Pandemik kerana dikatakan sangat teruk dan membimbangkan.

Terbaharu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataannya berkata solat jumaat buat kaum lelaki tidak perlu dihentikan, namun perubahan perlu dilakukan dengan memendekkan khutbah jumaat.

Yang Ada Simptom Tidak Perlu Hadir Solat Jumaat

Jelasnya, mereka yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

“Orang ramai digalakkan untuk mengambil air sembahyang di rumah manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan.

“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya.

 

 

Boleh Diganti Dengan Zolat Zuhur Apabila Wabak Merebak Secara Tidak Terkawal

Memetik laporan Harian Metro, Dr. Zulkifli berkata solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.

“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya.

Zulkifli berkata bagi mengelak kekeliruan, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, penyediaan kertas kerja permasalahan berkaitan COVID-19 seperti solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan urusan mandi jenazah.

“InshaaAllah kita akan kemukakan dalam masa terdekat kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan COVID-19, korang boleh saksikan di Youtube Buletin Utama okay!