Tahniah kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin kerana Amyra telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Amar yang memuat naik sekeping gambar ” bayi bersama kapsyen yang memaklumkan bahawa isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

Entri tersebut ternyata mengundang ucap tahniah daripada netizen, tidak kurangnya rakan-rakan artis Amar dan Amyra sendiri.

Baca: Hamil Anak Kedua, Amyra Rosli Mengidam Makanan Pelik?

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengimpikan untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 (02022020) namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila bayi tersebut dilahirkan pada 1 Februari 2020.

Baca: “Berbeza Dengan Anaqi” – Amyra Rosli Kongsi ‘Tabiat’ Pelik Kehamilan Kedua

Untuk rekod, Amar dan Amira telah pun dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini telah pun berusia dua tahun tiga bulan.