Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita cantik.

Mungkin tidak tahan asyik ditanya mengenai soal jodoh, Sufian nampaknya ingin mencuba aplikasi temu janji untuk mencari calon kekasih. Menerusi Twitter, Sufian berkata dia tidak teragak-agak untuk menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari jodoh.

Status Sufian itu mendapat perhatian netizen lain yang terhibur serta bersetuju seandainya penyanyi Di Matamu itu mahu mencari jodoh melalui aplikasi tersebut. Malah, ada netizen turut mencadangkan pelbagai cara dan aplikasi yang sesuai untuk mencari kekasih.

Sementara itu, ada netizen mengatakan supaya jangan mudah percaya dengan aplikasi cari jodoh tersebut kerana kebanyakannya menggunakan identiti dan gambar palsu. Malah, lebih teruk ada yang sanggup menipu jantina mereka.

Dalam pada itu, ada netizen meminta Sufian bersabar dalam mencari jodoh kerana ianya pasti akan hadir suatu hati nanti. Netizen turut menasihati Sufian untuk terus berdoa agar segera dipertemukan jodoh