Suami diva Indonesia, Kris Dayanti bersyukur suaminya, Raul Lemos selamat menjalani pembedahan katarak mata, baru-baru ini.

Ibu cantik anak empat ini meluahkan rasa syukur selepas pembedahan berjalan baik dan dia turut memaklumkan hal ini di Instagram.

“Alhamdulillah operasi kataraknya lancar Amor, ini effect dari operasi retina suami setahun lalu yang mengganggu mata kirinya. Sihat terus Amor, banyak sabar di setiap langkah dan dalam lidungan Allah yang pemurah.

“Insha-Allah aku akan selalu mendampingimu @raullemos06,” tulisnya.

Rata-rata peminat Kris Dayanti yang mesra disapa sebagai KD ini mendoakan agar Raul diberi kesembuhan segera dan terus bahagia di samping keluarga.

Krisdayanti berkahwin dengan Raul Lemos pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang anak iaitu, Amora dan Kellen Alexander.