Penyanyi bergenre hip hop tempatan, SonaOne baru-baru ini telah menyatakan hasratnya untuk melibatkan diri dalam bidang perfileman dan seni pentas. Betul ke?

Pemilik nama Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach ini dikatakan sudahpun merancang untuk mengarahkan karya berbentuk muzik dan filem.

“Saya mungkin cuba untuk libatkan diri dalam industri perfileman namun bukanlah sebagai pelakon tetapi sebagai selaku pengarah dan penulis, Saya nak bawa bidang muzik ini supaya lebih ‘hidup’,” kata Sonaone.

Menurutnya lagi, pada peringkat awal beliau ingin mengarahkan muzik videonya  dahulu dan beberapa artis lain.

Selain itu, Sonaone juga menyimpan hasrat untuk melakukan “sesuatu” terhadap produksi pentas bagi acara muzik di Malaysia. 

Penyanyi yang popular dengan lagu No More dan “Sang Saka Biru” ini menganggap, kedudukan muzik hip hop telah berada di tahap yang baik di Malaysia namun, produksi pentasnya belum mencapai tahap yang berkualiti lagi.

Dalam perkembangan lain, Sonaone sedang menyiapkan album solonya yang dijadualkan bakal keluar selepas Aidilfitri tahun ini.

Wow, tinggi impian SonaOne itu, good luck buat SonaOne!

Sumber foto:  Instagram SonaOne