Berita kehilangan pelakon terkenal, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung telah mengejutkan ramai pihak. Ramai yang tidak menyangka punca kematian beliau adalah disebabkan oleh serangan jantung, Ashraf dipercayai meninggal dunia dalam tidur. Umum mengetahui bahawa pelakon filem J-Retribusi  yang masih berusia awal 40 tahun itu terkenal sebagai “workout enthusiasist”. 

Menerusi aktiviti sehariannya di laman Instagram beliau, Ashraf sering berkongsi amalan gaya hidup yang sihat dan kerap melakukan senaman di gym. Malah, sewaktu penggambaran filem terbaru beliau iaitu J-Retribusi, Ashraf masih tegar bersenam di gym. 

Justeru, punca serangan jantung yang dihadapi beliau menjadi persoalan ramai. Dalam satu perkongsian video di laman Instagramnya, Ashraf memuat naik video beliau melakukan senaman sit up sebanyak 20,000 dalam masa 3o minit dengan menggunakan alat bantuan elektronik, terapi senaman tersebut dikenali sebagai Emsculpt.

Emsculpt merupakan terapi senaman yang menggunakan teknologi terkini untuk membantu menghilangkan lemak di badan dan menguatkan otot di perut dan pinggul dalam masa yang singkat.

View this post on Instagram

Can you do 20,000 sit-ups in 30 minutes? @BlinkBeautyJkt Clinic, you can! I compliment my work out & healthy diet with #EMSCULPT #MUSCLE building treatment!💪 #SIXPACK perfection! . #EMSCULPT is the latest technology which strengthens muscles whilst reducing fat! Especially for the belly & glutes! . I combine this treatment with my GYM routine! . 💪 Builds Muscle 🔥 Burns Fat ✅ 20,000 Sit-ups / Squats in 30mins . What are you all waiting for!? Contact @BlinkBeautyJkt Clinic now! +6282311786390 . #blinkmen #blinkbeautyjkt #emsculpt #emsculptjkt #Sculpsurejakarta #sculpsureindonesia #coolsculpting #coolsculptingjakarta #coolsculptingindonesia #coolsculpting #coolsculptingjakartaselatan #facialjakarta #laserclinicjakarta #skincare #indonesiatatler #tatlerindonesia #prestigeindonesia #klinikkecantikanjakartaselatan #beautyclinicjakarta #aestheticjakarta #jakartaaesthetic #slimmingjakarta #clinickecantikanjakarta #perwatanwajah #klinikestetika #klinikestetikajakartaselatan #silkpeel #beautytreatmentjakarta

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Menerusi ruangan komen di laman instagramnya, ramai netizen yang memberikan pendapat kemungkinan salah satu punca jantungnya gagal berfungsi adalah disebabkan oleh cara senaman Emsculpt. 

“Ini puncanya, sebab paksa jantung untuk bekerja lebih keras”

 

 

Wallahualam..kita sebagai manusia seeloknya menerima Qada dan Qadar Tuhan. Semoga roh Ashraf Sinclair disemadikan dan ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Kredit: Instagram Ashraf Sinclair