Penyanyi Agnez Mo mengaku sudah lima tahun tidak bercuti.

Kata Agnez yang mengunjungi Pulau Bali baru-baru ini, dia gembira dapat menghabiskan masa di sana.

“Tahu tak, selepas saya pulang dari Bali saya terfikir, rupanya sudah lama tidak vacation, tidak pernah holiday,” kata Agnez saat ditemui di JCC, Senayan, Jakarta Pusat, Sabtu (11/1/2020).

 
 
 
View this post on Instagram

#AGNEZMO

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

 
 
 
View this post on Instagram

Always create and appreciate moments ❤️. “Life is not measured by time, it is measured by moments”. . . #AGNEZMO

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

Hal ini hanya disedari selepas salah seorang rakannya bertanyakan bila kali terakhir dia meluangkan masa pergi bercuti. 

“Jadi terakhir maybe ke Eropa dan itu sudah lama banget. Jadi saya sudah berapa tahun enggak pernah holiday,” ucap Agnez yang bercuti ke ke Bali selama 10 hari bersama ahli keluarganya.

Meskipun tidak banyak melakukan aktiviti ketika berada di Bali, dia tetap seronok menghabiskan masa bersama keluarga.

“Saya di Vila sahaja. Yang penting ada matahari boleh berjemur, biar hitam. Ada juga aktiviti makan malam bersama keluarga seperti sambutan hari natal dan tahun baharu. Tapi tidak apa aktiviti yang ‘aneh-aneh’,” akhirinya.- Kompas.com