Selepas gandingan mereka menerusi drama Love You Mr Arrogant, kini gandingan mantap dua pelakon hebat ini menerusi drama Seadanya Aku turut menjadi kegilaan penonton drama tempatan.

Siapa sangka gandingan yang cukup serasi ini begitu menjadi apabila drama Seadanya Aku sering mendapat perhatian di setiap episod nya sehinggakan rating drama yang disiarkan menerusi slot Akasia Tv3 ini juga mencanak naik. Malah, apa sahaja yang dimuat naik oleh kedua-dua artis ini menerusi laman sosial mereka sering mencuri perhatian netizen.

Azlee suka sangat sakat Aufiya

Beberapa hari lepas, Azlee khairi dilihat memuat naik sebuah video pendek berdurasi kurang daripada 30 saat memperlihatkan beliau menyakat Zara Zya atau Aufiya  ketika sesi penggambaran drama tersebut. 

 
 
 
View this post on Instagram

Jeng jeng jeng!!!!!! #seadanyaaku #zarul #aufiya #yayunk #smurf

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial) on

 Sweet kan Zarul dan Aufiya ni!

Selepas sahaja Azlee Khairi (Zarul) meminta bantuan daripada krew penerbitan, akhirnya Zara munculkan diri dan terkejut sebaik sahaja disergah oleh Azlee.

Walaupun video pendek tersebut dimuat naik beberapa hari yang lalu, namun setakat ini video tersebut telahpun mencecah  135,534 tontonan. 

Peminat minta Zara Zya dan Azlee Khairi kahwin cepat

Peminat juga sedar tentang sikap Azlee yang suka menyakat Zara tidak kiralah ketika sesi penggambaran mahupun dalam drama. Dan, keserasian antara pelakon ini turut mendapat sokongan dari peminat sehinggakan segelintir daripada mereka mendoakan agar kedua-duanya mendirikan rumah tangga.

Azlee Khairi dah bagi hint

Baru-baru ini kelihatannya Zara Zya turut memuat naik gambar menerusi akaun instagram miliknya beserta caption yang bertanyakan tentang pilihan hidup dan Azlee sempat membalas komen tersebut seolah-olah memberi hint  buat Zara. Komen yang ditinggalkan oleh Azlee itu juga nampaknya mendapat 5,961 likes dari followers Zara Zya. Wow!

 

 
 
 
View this post on Instagram

Kalau di beri pilihan, apa yang awak nak sangat dalam hidup awak? ❤️

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

 
Wah, kalau benar bagai dikata, apa salahnya ye tak?
 
Apapun, kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya. Kalau makan nasi minyak, jangan lupa jemput Xtra okay!