SIAPA tidak kenal usahawan komestik muda Dato’ Aliff Syukri. Selain terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya, lelaki berusia 33 tahun ini juga sentiasa terpalit dengan pelbagai jenis kontroversi. Masih belum reda lagi tentang kes dakwaan mendera anak angkatnya, baru-baru ini Aliff Syukri sekali lagi mengejutkan banyak pihak apabila beliau memuatnaik sebuah teaser video lagu terbaharunya di Instagram. Video yang berdurasi 1 minit 16 saat itu memaparkan Aliff sedang menyanyi dan menangis mengeluarkan air mata darah. Alamak, sampai keluar air mata darah ye.

 

Menurut Aliff, beliau berharap agar lagu terbaharunya ini memasuki Anugerah Juara Lagu 35 kelak. Bukan hanya netizen, ternyata tindakan Aliff ini telah membuatkan ibunya sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim tampil secara terbuka untuk mengkritik anak lelakinya itu. Menurut Bonda Rozita menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya baru-baru ini, beliau sudah letih untuk menasihati anak lelakinya itu sehingga beliau bertindak untuk menegur secara terbuka di Instagram. 

Walaupun mak senyum, tapi hati mak sakit

 

 
 
 
View this post on Instagram

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org ‘tak reti ajak anak” . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke ” Mak dn kami kena bahananya ” Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 ” kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak” lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Menerusi video tersebut, Bonda Rozita menzahirkan rasa kecewanya terhadap sikap Syukri yang enggan mendengar kata dan suka menimbulkan kontroversi. Walaupun sudah ditegur secara privasi berulang kali, Aliff masih tegar melakukan perkara ‘pelik’ yang boleh mengundang kecaman orang ramai. Kata Bonda Rozita lagi, jika seorang anak melakukan keburukan, orang tidak akan lihat keburukan anak. Tetapi mereka akan menyalahkan ibu kerana tidak pandai mendidik anak mereka. 

“Jagalah maruah kerana kebaikan kamu adalah kebaikan mak, keburukan kamu juga adalah keburukan mak. Kalau betul lah mak tidak didik kau, kenapa adik-beradik yang lain tidak berkelakuan seperti itu?,” luah Bonda Rozita menerusi entri terbarunya.

Apa yang kau derita sangat? 

Luah Bonda Rozita lagi, dia tidak faham tindakan Syukri menyanyikan lagu seperti itu seolah-olah beliau benar-benar dalam keadaan yang derita. Katanya, banyak nikmat yang telah dikurniakan Allah dan beliau meminta supaya anaknya menyedari perkara itu.  Pengasas produk Sendayu Tinggi itu juga meminta supaya anaknya berhenti menyanyi kerana berpendapat bahawa suara Aliff Syukri sumbang. 

“Kenapa sampai nak buat video menangis air mata darah? Apa yang kau derita sangat? Berhentilah menyanyi Kri, semua orang tahu suara kau tu tak sedap,”

Jangan suka dengar hinaan orang hanya untuk mendapatkan publisiti

Bonda Rozita juga menasihati Aliff supaya berhenti melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kecaman orang ramai. Jangan salahkan orang ramai yang mengkritik jika kita sendiri yang memilih untuk melakukan perkara yang boleh mengundang kritikan. Kata Bonda lagi, Aliff sudah berjaya dan mempunyai segalanya.

Tidak perlulah meraih publisiti murahan untuk menjadi popular. Sedikit sebanyak tindakan ini akan memburukkan orang sekeliling dan keluarga. 

Bila ibu sendiri  sudah mula bersuara, kita sebagai anak perlulah fikir di mana kesilapan dan kekurangan kita. Jangan sampai lukakan hati ibu. Syurga kita di bawah telapak kaki ibu tau. 

 

Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim