Bunga Citra Lestari kembali beraksi di pentas buat kali kedua selepas hampir seminggu kehilangan sang suami. Terbaru, penyanyi itu tampil menjadi artis jemputan istimewa di Konsert Ronan Keating, BCL sempat mendedangkan beberapa lagu hitsnya seperti “Tentang Kamu”, “Cinta Sejati”,”Wanita Terbahagia” yang mempunyai nilai sentimental buat BCL.

Lagu Tentang Kamu mengimbau kenangan bersama Ashraf

Ketika mendedangkan lagu Tentang Kamu, BCL sempat memberitahu penonton bahawa lagu tersebut mengimbau kembali kenangannya bersama Ashraf. 

“Lagu ini punya memori untuk saya, waktu saya masih pacaran dengan Ashraf 13 tahun lalu,” kata Bunga.

Bunga turut memberitahu bahawa lagu tersebut merupakan satu ungkapan perasaan cinta dan pada masa yang sama perasaan bimbang akan  cintanya yang mungkin terbalas atau tidak.

“Di saat saya mulai merasakan perasan cinta, tapi belum tahu orang ini (Ashraf) maunya apa sih sama saya,” ungkapnya.

Lagu Cinta Sejati punyai nilai sentimental sendiri, baru rasai makna mendalam selepas kehilangan Ashraf

Pada konsert tersebut juga, BCL sempat menceritakan bahawa setelah kehilangan Ashraf barulah beliau memahami makna yang tersirat di dalam lagu Cinta Sejati.

Saat mengulangi lirik”Ku Tungga Kau Di Keabadian”, BCL tidak dapat menyambung nyanyiannya kerana berasa sungguh terkesan dan sayu, mengingat kenangan bersama arwah suaminya. Namun, penonton cuba memberi kekuatan kepada BCL dan menyanyikan bahagian lagu itu bersama BCL. 

Noah Sinclair menggantikan Ashraf, teman Bunga di Konsert

Penampilan Noah Sinclair yang datang menemani ibunya di konsert turut menyentuh hati para penonton dan peminat. Noah seakan-akan menggantikan tempat Ashraf yang sering menemani Bunga di konsertnya.

Konsert Ronan Keating itu diadakan di Grand Ballroom Pullman Hotel Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu, 29 Februari 2020.

Sumber: Kompas.com