Wabak Coronavirus terus menular di seluruh dunia hingga menggusarkan ramai pihak. 

Itali catat 368 kematian jadi angka korban tertinggi dalam sehari

Terbaru, negara Itali dilaporkan mencatatkan 368 kematian, menjadikan angka korban tertinggi dalam sehari akibat COVID-19. Dalam pada itu, novel Coronavirus kini dipercayai meragut lebih 6,000 nyawa di seluruh dunia. 

Kredit Foto: NYTimes

Menerusi Berita Harian, berita itu sekaligus menggusarkan kerajaan negara Eropah yang terus bergelut memerangi COVID-19 dengan meningkatkan langkah menyekat penularannya yang pantas. 

COVID-19 turut menyebabkan beberapa acara penting terpaksa dibatalkan, salah satunya adalah sambutan minggu Easter. Selain itu, kafe, kedai serta beberapa restoran di seluruh Perancis dan Sepanyol turut ditutup dalam usaha untuk memerangi wabak berkenaan. 

Perniagaan di Perancis dan Sepanyol terjejas

 

Perniagaan di Perancis turut terjejas akibat wabak tersebut, beberapa kedai terpaksa ditutup. Dalam perkara lain, Sepanyol telah mengeluarkan perintah berkurung dan melarang orang ramai keluar rumah kecuali untuk bekerja, mendapatkan penjagaan perubatan dan membeli makanan. 

Kredit Foto: The Independent

Wabak ini terus menular di Jerman, sakaligus menyebabkan Jerman melaksanakan kawalan sempadan dengan Perancis, Austria, Switzerland, Luxemburg and Denmark mulai hari ini.

Hingga semalam, jumlah kes COVID-19 disahkan di seluruh dunia telah menjangkau 163,930 dengan 6,420 kematian membabitkan 141 negara dan wilayah, menurut angka yang dikumpulkan AFP daripada sumber rasmi. – AFP

Sumber: Berita Harian