PELAKON terkenal Hollywood Tom Hanks telah memaklumkan bahawa dirinya dan Isteri Rita Wilson telah dijangkiti virus Covid-19. Hal ini disahkan sendiri oleh Tom menerusi akaun Twitter peribadinya. 

Menurut Hanks, beliau dan isteri berada di Australia baru-baru ini untuk tujuan penggambaraan filem yang berkaitan dengan Elvis Presley terbitan Warner Bros. Menerusi filem tersebut, Hanks perlu melakonkan watak sebagai pengurus kepada Elvis. 

Selepas pulang daripada penggambaran tersebut, kedua pasangan yang berusia 63 tahun ini mula mengalami gejala selsema dan batuk. Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, doktor telah mengesahkan pasangan ini positif korona virus. Kenyataan ini dimaklumkan sendiri oleh Hanks menerusi  Twitternya. 

Pihak Warner Bros telah mengambil maklum tentang hal ini dan mula memberi kerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi mengesan kakitangan yang berkemungkinan dijangkiti wabak yang semakin menular di dunia pada waktu ini. 

“Kesihatan dan keselamatan kakitangan adalah merupakan keutamaan kami dan pihak kami akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi mereka,”
 
“Individu yang disahkan positif COVID-19 kini sedang menjalani rawatan,” ujarnya.
 
Semoga Tom Hanks dan isterinya baik-baik sahaja dan segera sembuh.