Tahniah diucapkan buat pelakon dan juga pengacara, Yatt Hamzah dan pasangan yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat mereka!

Berita gembira itu diberitahu oleh Yatt menerusi perkongsiannya di laman media sosial Instagram semalam.

“Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah, secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur,” kata Yatt Hamzah.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim. . Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam..🥰 Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa👼), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL . . . Terima kasih atas doa2 yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah.. . Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yg amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yg banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..🤲❤ . Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yg sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya utk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur..🤗🥰😍😘 . #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #Bondayattbersalin #anakke4 #suci #LilSuci #THESUCIS #SUCIno4 #overdue #Postdated #HospitalPusrawi #Alhamdulillah #Allahuakbar #Subhanallah #ALLAH #Baby #BondayattdihospitalPusrawi

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Cepatnya besar awak anak..Baru lahir x sampai 48 jam tanggal 30 Dec 2019. Harini 1 Jan 2020 awak dah setahun..😅🤗🥰❤ . Ada yg sama kes dg baby Bonda ni ke? Lahir hujung 2019, harini dah setahun…😜😍😘❤ . Belanja 1 Doa utk Baby baru Bonda ni boleh ke..? Nanti Bonda share kisah di labour room di sebalik kelahirannya yg paling bersejarah antara semua tiga org kakaknya..In shaa Allah 🙏🤲🥰 . . TQ Hospital Pusrawi @pusrawiofficial menjaga Bonda dan Baby dg baik dan selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah..😘❤🤗 . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #Baby #LilSuci #suci #newborn #THESUCIS #sibibirmerah #30Dec2019

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Sebelum itu, Yatt menyatakan kebimbangan terhadap kandungannya yang dilaporkan teleh melebihi dua minggu daripada jangkaan tarikh sebenar.

Yatt serta pasangannya, Mohamad Zulfahdli Khairuddin telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1. Sebelum ini, pelakon itu turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu.

Sekali lagi, tahniah Xtra ucapkan buat Yatt Hamzah dan juga keluarga! Semoga proses berpantang Yatt  dipermudahkan.

Sumber foto: Instagram Yatt Hamzah