Bestnya bila layan drama yang bukan saja membuatkan kita terhibur tetapi dalam masa yang sama boleh mendidik minda dan pengetahuan baru..

Dalam tahun 2020 ni semakin banyak drama TV yang  bukan sahaja mempunyai plot yang menarik dan menghiburkan hati penonton tetapi sarat dengan pengajaran dan isu semasa. Sebagai contoh, impak yang dihasilkan oleh drama Kampung People yang  membuatkan penonton geli hati dengan jalan cerita dan karakter-karakter yang ditampilkan tetapi pada masa yang  turut dipenuhi dengan nilai postif dan mesej yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. 

Terbaru, drama Camelia yang kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 semakin mendapat tempat di hati para penonton. Mana tidaknya, lakonan hebat daripada Diana Danielle, Ain Edruce dan Saharul Ridwan ini memberikan impak yang cukup besar buat penonton. Buktinya, setiap kali drama ini ditayangkan di TV, pasti sahaja laman sosial terutamanya Twitter dihujani dengan pelbagai komen positif daripada netizen. 

Drama Camelia  bukan level biasa-biasa, sarat dengan konflik dalam setiap episod 

This #Camelia drama is on another level. The scene is super fast, different conflict in every episode, give so much lessson about family, split identity disorder and trust issues. Big clap to the team #Camelia 👏🏻👏🏻

 Sumber: Twitter

Kecelaruan identiti atau “split personality” dalam drama Camelia 

Drama Camelia mengisahkan kehidupan Mariam (Diana Danielle) yang mengalami masalah ‘split personality’ berikutan trauma dan tekanan daripada keluarganya. Latar belakang keluarga yang porak peranda dan suka membandingkan anak-anak membuatkan Mariam mengalami tekanan.

Mariam mula mencipta identiti baru dengan nama ‘Camelia’. Konflik timbul apabila  Camelia menjadi obses dengan identiti baru dan  ingin membalas dendam terhadap adiknya, Marina (Ain Edruce, suami Camelia. Malik (Saharul Ridzwan) mulai perasan akan perubahan isterinya dan berusaha untuk menyelamatkan Camelia. 

Apa simptom-simpton kecelaruan identiti?

Seseorang yang disyaki menghidapi penyakit ini akan mengalami masalah mudah lupa, sukar untuk mengingati maklumat penting serta mempunyai kotak memori yang berlainan, memori ini akan berubah bersama-sama personaliti yang berbeza.

Justeru, situasi ini dikenali sebagai Alters. Penghidap split personaliti boleh mempunyai umur, jantina, bangsa atau warganegara yang barbeza mengikut hos badan. Selain itu, mereka juga akan mempunyai postur, gerak badan dan cara percakapan yang berbeza. Buat yang tak tahu, Alters ini boleh hadir dalam bentuk manusia dan kadangkala dalam bentuk haiwan untuk mengubah dari satu identiti ke indentiti yang lain. 

Apa tunggu lagi? Saksikan drama Camelia di TV3 atau saluran Youtube TV3 Malaysia Official!