Ini berita baik buat semua penonton setia slot AKASIA TV3 kerana drama Seindah 7 Warna Pelangi yang diadaptasi daripada novel karya Eman Sufi akan memulakan tayangannnya bermula malam ini!

Seindah 7 Warna Pelangi terbitan Saphire Screen Sdn.Bhd yang menggantikan drama Seadanya Aku menampilkan pasangan ‘fresh’ Aeril Zafril dan Nabila Razali sebagai watak utama.

Drama bersiri arahan Eoon Suhaini ini akan bersiaran selama 28 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam bagi menggantikan Drama Seadanya Aku.

 

Seindah 7 Warna Pelangi mengisahkan perkahwinan antara sepupu, Andika Iman lakonan Aeril Zafril dan Aira Tihani oleh Nabila Razali yang berdasarkan matlamat yang berlainan. Andika menggunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta. Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia. 
 
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan lakonan Raja Afiq. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan mengubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. 
 
Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.
 
Sehingga satu tragedi berlaku kepada Aira yang mengakibatkan dia mengalami hilang ingatan. Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Aira semula. Persoalannya, mampukah Aira menerima semula kehadiran Andika dalam hidupnya? Segalanya bakal terjawab dalam Seindah 7 Warna Pelangi.

 

 

Turut menampilkan Hun Haqeem sebagai Arjuna, Aidil Aziz sebagai Yazid, Elly Mazlein sebagai Mariam, Wanna Ali sebagai  Zara dan Wanns Ahmad sebagai Iskandar. Nak tahu bagaimana gandingan mantap lakonan Aeril dan Nabila dalam Seindah 7 Warna Pelangi, pastikan korang saksikan di TV3. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Youtube TV3 Malaysia dan aplikasi tonton okay!

Sebelum itu, buat korang yang belum tengok trailer Seindah 7 Warna Pelangi, nah Xtra nak belanja korang video rasmi trailer drama ini. Layan!

 

Sumber: Youtube TV3 Malaysia Official

Sumber foto: Instagram TV3