Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan sedia membantu ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin selepas melihat keadaan dua beranak itu.

Kata jutawan popular itu, dia sudi menghulurkan bantuan dari segi menyediakan ruang pekerjaan untuk ibu Balqis.

“Kalau mak dia minta kerja, saya sedia membantu. Kalau dia suarakan saya akan mempertimbangkannya.

“Ini masa dia diuji kesusahan, saya bantu mana yang termampu,” kata Aliff.

Mengenai sumbangan RM 100,000 yang diterima Puteri Balqis baru-baru ini, Aliff enggan mengulas panjang mengenai hal itu.

“Biarlah rahsia. Saya percaya Balqis ada laluan hidup yang tidak tahu ceritanya. Bagi saya kesenangan atau kesusahan itu subjektif. Apa yang boleh saya bantu, saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, kisah hidup pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014 di Anugerah Televisyen Asia itu bersama ibunya, mendapat perhatian apabila kisah mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.

Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.

Perkongsian penuhnya boleh ditonton menerusi saluran YouTube usahawan berkenaan dan hingga kini, IG TV terbabit sudah pun mendapat tontonan lebih 200,000 kali.

Dalam perkembangan lain, Aliff bakal melancarkan program Terlajak Kasih yang merupakan usaha membantu golongan yang memerlukan dari segi kewangan.

Terbaiklah DS Aliff!

Oleh Fas.