Orangnya kacak, dan sekarang solo…jadi tak hairan lah bila ramai yang ‘cuba’ untuk mendekati hati pelakon Rashidi Ishak setelah duda anak dua ini bercerai dengan Vanidah Imran hampir dua tahun lalu. 

Walau bagaimanapun, bukan sahaja perempuan…rupa-rupanya Rashidi juga sering mendapat mesej peribadi daripada mereka yang meminati kaum sejenis. 

Perkara ini dikongsi oleh pelakon Kampung People itu melalui satu ciapan di laman sosial Twitternya, hari ini. 

“Keinginan seksual anda adalah hak anda sendiri.  Tetapi, buat pengetahuan semua saya ‘straight’.

“Buat yang menghantar mesej peribadi kepada saya, saya menghargainya…tapi terima kasih saja lah,” tulis Rashidi. 

Menjengah ke ruangan komen, ada juga kaum lelaki yang mengalami nasib yang sama dengan Rashidi, manakalah peminat wanita pula gembira kerana pelakon itu tidak meminati golongan sejenis. Eh, orang tu dah ada anak dua lah. Takkan lah tiba-tiba suka hubungan songsang?

Sekadar info, Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan hasil dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mikhail Imran (19) dan Maryam Rashika (16). Namun demikian, perkahwinan mereka terlerai pada Ogos 2018. 

Terkini, Rashidi yang wajahnya iras pelakon Hollywood Patrick Swayze kerap menghabiskan masa dalam sukan larian dan menyertai pertandingan marathon di sekitar ibu kota.