Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan akan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun terlibat dalam industri ini.

Umum bersara pada Konsert Kesuma Jiwa 2020

Sumber : Instagram @rizalman71

Rizalman membuat pengumuman tersebut pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Istana Budaya semalam. Konsert yang disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini turut menampilkan Hael Husaini, Sherry Al-Hadad dan Datuk Syafinaz.

” Saya  minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani. 

” Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah berkecimpung dalam dunia fesyen. Selepas ini saya boleh fokus kepada cabang lain termasuk hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan” Katanya.

Koleksi terakhir sebagai pereka fesyen

Pada konsert Kesuma Jiwa 2020, Rizalman juga memperagakan koleksi terakhirnya sebagai pereka fesyen hasil kerjasama dengan gedung talian, Zalora.

Tambahnya lagi, konsert itu dianggap sebagai terjemahan eratnya silaturrahim bersama semua pengikutnya.

” Saya tukang jahit sahaja. Konsert ini sebagai tanda persahabatan saya dengan Dayang sejak 20 tahun lalu” 

Dayang Nurfaizah hormati keputusan rakan baiknya itu

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Menurut penyanyi bersuara husky ini, beliau sendiri tidak tahu kenapa keputusan ini harus diambil oleh beliau. Tetapi, sebagai rakan baik beliau, Dayang harus menghormati keputusan yang telahpun diambil.

” Pembabitan konsert malam ini juga menjadi momen manis buat saya dan Rizalman. Susah cari sahabat yang sanggup anjur konsert untuk teman baiknya” Katanya.

Dayang turut mendendangkan lagu Malar Segar yang telah diberi nafas baru. Selain itu, lagu lain yang turut dipersembahkan adalah, Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga.