Baru-baru ini kecoh apabila penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique membuat pengakuan yang dia tahu tindakannya memakai barang kemas adalah haram, tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk memakai ’emas’ kerana minat. 

Susulan dari pengakuannya itu, MK dikecam oleh warga maya kerana sanggup melanggar hukum Allah  kerana padanya dia hanya berlaku jujur pada diri sendiri. 

“Sudah tipu yang Atas, kita mahu tipu yang bawah? Keep it real!” ujar MK kepada XTRA ketika ditemui di Era Digital Muzik Awards baru-baru ini. 

Setelah digesa oleh netizen yang menuduhnya berat sebelah kerana tidak membincangkan kes MK di akaun Instagramnya, akhirnya penyanyi rap dan penceramah motivasi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli (31) terpanggil untuk berkongsi pengalamannya sendiri sebagai seseorang yang pernah berkecimpung dalam dunia hip hop. 

“Minta maaf kalau abang lambat…dia (MK) amat kesal dengan kata-katanya. Kita tak boleh ‘langgar’ hukum-hukum dalam Islam.

“Caprice sangat faham MK dengan dunia hip hop ni sebab Caprice pernah melalui jalan yang sama. 

“Cuma abang baru-baru je ‘cuci tangan’ tapi saya mengambil masa 10 tahun untuk saya sendiri buka rantai dan jam emas (Rolex),” tulis Caprice di dalam kapsyen. 

Bukan itu sahaja, Caprice melalui video yang dimuat naik dalam entri yang sama berkongsi dengan netizen yang di hanya membuka rantai dan jam emas itu setelah pulang dari Umrah walaupun selama ini pernah ditegur beberapa kali. 

“Sejujurnya, ia mengambil saya 10 tahun, selepas umrah je baru Caprice buka rantai…saya tahu ia haram, orang tinggalkan komen cakap ia haram, semua orang cakap ia haram tapi saya tak nak dengar. 

“Sebagai abang, saya tak boleh hipokrit. Saya kena bagi MK sekurang-kurangnya 5 tahun untuk berubah menjadi lebih baik. InshaAllah,” ujar Caprice lagi. 

 

Kredit Foto: Instagram @capriceofficial