Di kalangan semua anggota kumpulan rap K-Clique, tidak disangkal lagi bahawa penyanyi rap MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan yang paling popular dan seringkali mendapat publisiti media! Ini terbukti apabila akaun instagramnya telah meraih satu juta pengikut baru-baru ini.

Teman baik MK dan supermodel Malaysia, Alicia Amin turut mengucapkan tahniah kepada MK menerusi akaun instagramnya @hangriii

“Tahniah atas satu juta @hairiwhuut.  Apa pun, rupa kami tak serupa, sebab dia lagi ‘hensem’ (kacak),” tulis Alicia sebagai kapsyennya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Congrats on 1M @hairiwhuut . We don’t look the same btw, sebab sia lagi hensem. 😁 📸: @moses.paren

A post shared by Alicia Amin (@hangriii) on

 

Meluahkan rasa terima kasih dan syukur kepada peminatnya terutama sekali ibunya yang tercinta, penyanyi dari Tawau Sabah ini memuat naik entri penghargaan di akaun instagramnya. 

“Bagi seorang  budak yang datang entah dari mana dan tak punya apa, semuanya umpama Mimpi.  Alhamdullillah untuk segala sokongan dan kasih sayang yang diterima daripada semua buat K-Clique dan diri saya sendiri.

“Saya berdoa yang saya dapat meneruskan apa yang saya lakukan sekarang selagi saya mampu kerana buat pertama kalinya, saya benar-benar gembira,” tulis MK dalam entri instagram tersebut. 

“Untuk ma, saya berharap ma tersenyum apabila memberitahu kawan-kawan ma yang saya ini anak lelaki ma,” ucap MK dalam entri tersebut khas buat ibu tersayang. 

MK sememangnya anak ibu malah nama MK tersebut diambil sempena namanya Muhammad dan ibunya, Kamariah. Sudah pasti sesiapa yang ingin mendekati hati jejaka ini, haruslah mengambil hati ibunya dulu!

Baca: ‘Ramai Wanita Dalam Hidup Saya’- MK K-Clique Jawab Isu Gambar Mesra

Apa pun tahniah MK atas pencapaian satu juta pengikut di Instagram! 

Sumber foto:  Instagram @hairiwhuut & @hangriii