Setelah tiga episod ditayangkan, akhirnya para mentor telahpun menemui protege pilihan masing-masing. Menampilkan format terbaharu, mentor milenia kali ini pastinya akan memberikan saingan paling sengit antara protege-protege yang terpilih.

Menurut Penerbit Eksekutif Mentor Milenia, Muhammad Sufian Isa, format terbaru ini seklaigus mencabar mentor kerana mereka perlu berebut untuk mendapatkan protege terbaik yang telahpun disenarai pendekkan.

” Format baharu yang diperkenalkan pada musim ini mencabar para mentor kerana mereka perlu berebut untuk mendapatkan protege yang kami sudah senarai pendekkan, kini kami sudah mendapat 10 protege yang akan bertanding di pentas Mentor Milenia mulai 27 Oktober ini.”

Manakala, juri profesional terdiri daripada Altimet dan Datuk Syafinaz. Pemarkahan para protege pada musim ini juga dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% daripada juri profesional, dan 40%adalah berdasarkan undian awam.  Dimana, korang mengundi secara online menerusi www.xtra.com.my/mentormilenia

Juara bagi Mentor Milenia tahun ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019, selain bakal mendapat lagu debut ciptaan komposer ternama Malaysia. 

Penaja utama bagi Mentor Milenia 2019, adalah KFC dan penaja bersama Oppo A9 2020, 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM + 128GB ROM.

So, jangan lupa konsert Mentor Milenia 2019 akan berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 27 October 2019, jam 9 malam, hanya di TV3!