Gara-gara dilihat mempunyai kulit sangat bersih dan putih, penyanyi Rossa dituduh melakukan pembedahan plastik pada wajah.

Tidak berdiam diri, Rossa menafikan hali itu dan menjawab dakwaan segelintir netizen dan dalam masa sama memohon pengikutnya fokus dengan mesej yang ingin disampaikan.

“Baca komen sebelum ini. Post untuk ajak menderma buat mangsa banjir. Tetapi komennya banyak judge soal wajah aku pembedahan plastik,” tulis Rossa. 

Penyanyi terkenal dengan lagu Aku Bukan Untukmu ini menjelaskan bahawa penampilannya yang berbeza di dalam gambar kerana dibantu oleh teknologi aplikasi telefon pintar. 

“Mbak mas, pernah dengar aplikasi SNOW? Nah, aku pake itu. Silakan coba biar cakep juga,” tulis Rossa dengan emoji senyum.

Sementara itu, Rossa memohon agar warganet turut menderma dalam membantu meringankan beban mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan menerusi Partners In Goodnes.